Tuesday, 8 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Blog di dalam Kelas

Ulasan

Assalamulikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya akan membuat ulasan buku di dalam bab 6 (Blog di dalam Kelas Bahasa) yang dikarang oleh Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor.

Penulisan Blog merupakan satu medium bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal ( Normaliza Abd Rahim, 2014). Penulisan blog digunakan untuk kegunaan peribadi atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk.  Blog merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia sering diuruskan dan sentiasa dikemas kinioleh pentadbirnya.

     Selain itu, blog juga berfungsi sebagai medium rangkaian sosial dan medium komuniksi,blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010).  Menulis blog adalah satu aktiviti yang berguna bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi untuk mereka belajar menulis dengan kreatif.

    Pelajar akan berasa selesa untuk menulis menggunkan blog memandangkan ia boleh dibuat secara peribadi dengan hanya mempunyai pembaca yang dijemput sahaja untuk membaca pos. Tambahan pula, blog boleh juga dikongsi dengan yang lain dengan cara meninggalkan komen untuk dibaca oleh pembaca.

    Seterusnya, saya akan membuat ulasan Kajian Tentang Blog.  Terdapat beberapa pengkaji yang pernah membuat kajian tentang blog.  Menurut Ferdig & Trammell (2004) blog merupakan medium dialog antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya.

  Seterusnya, menurut Nowson (2006), blog meruoakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad.  Kenyataan ini disokong oleh Levy (2009)  yang menyatakan blog merupkan medium untuk meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal.

    Seterusnya, apabila penulis blog berkolaborasi dengan orang lain apabila menggunakan blog, maka mereka akan lebih berkerja secara interaktif (Shahsavar & Tan, 2011).

    Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) terdapat 10 cara menulis blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
4. memastikan ada hujah terbaik
5. mengaitkan penulisan dengan berita terkini
6. menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
7. dapat dibaca dan difahami
8. dapat berkomunikasi dengan pembaca
9. masukkan moral dan nilai estetika
10. berilmu untuk penulisan pendidikan


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (KFC, Sri Serdang Selangor)

Tugasan Vlog makanan ini, saya lakukan bersama dua orang rakan saya iaitu Mohd Noor Hisyam dan Mohd Ayob Afiqrudin. Lokasi yang kami pilih ...