Tuesday, 24 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini









Pengalaman: Hampir Mati Lemas


   Pengalaman merupakan apa-apa kejadian yang pernah dialami oleh seseorang.  Pengalaman hidup ini terdiri daripada pelbagai  jenis dan juga coretan waktu yang berbeza-beza. Pengalaman dapat mendewasakan dan juga mematangkan seseorang  individu.

    Bagi saya, pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah pada tahun 2006 iaitu ketika masih berusia 10 tahun (darjah 4). Kejadian itu berlaku selepas pulang dari sekolah. Saya dan rakan-rakan pergi ke sungai untuk bermandi manda.

   Dalam keseronokan mandi ketika itu, tiba-tiba situasi bertukar menjadi cemas apabila saya ketika itu terbawa oleh arus deras menuju di kawasan sungai yang dalam. Saya tercungap-cungap di dalam air, namun sempat menjerit meminta tolong dengan rakan. Rakan-rakan terkejut apabila melihat keadaan saya ketika itu.

     Malangnya, rakan saya ketika itu semua berbadan kecil dan tidak ada seorang pun yang pandai berenang.  Dengan izin Tuhan, hati seorang daripada rakan saya ketika itu telah digerakkan oleh Allah supaya menjerit sekuat suara untuk meminta bantuan.

    Mujurlah seorang lelaki dewasa yang juga penduduk kampung saya mendengar jeritan itu, kemudian berenang dengan pantas menyelamatkan diriku.  Nasib masih menyebelahi saya kerana sempat diselamatkan sebelum lemas di dalam sungai.  Jika tidak kemungkinan hari ini saya tidak ada lagi di muka bumi.

    Saya sangat berterima kasih kepada rakan dan juga lelaki dewasa yang bernama Taufiq kerana menjadi asbab diriku terselamat daripada lemas. Tidak lupa juga pujian kepada Allah yang maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu kerana masih mengizinkan saya bernyawa hingga hari ini.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (KFC, Sri Serdang Selangor)

Tugasan Vlog makanan ini, saya lakukan bersama dua orang rakan saya iaitu Mohd Noor Hisyam dan Mohd Ayob Afiqrudin. Lokasi yang kami pilih ...