Monday, 23 September 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas individu



10 Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) terdapat 10 etika dalam penulisan blog dengan baik. Pertama, memastikan tajuk  yang sesuai. Pemilihan tajuk yang sesuai sangat penting supaya dapat menarik minta pembaca.Tajuk tidak boleh ditulis terlalu panjang. Tajuk akan memberikan gambaran tentang apa yang akan diceritakan.

    Kedua, jalan cerita mestilah menarik.  Bukan hanya tajuk yang perlu diambil berat. Penulisan jalan cerita juga harus menarik dengan memasukan unsur suspen agar pembaca boleh mengikuti terus cerita selanjutnya dalam penulisan tersebut.

    Ketiga, menggunakan ayat yang humor dan berbentuk jenaka. Tujuan penggunaan ayat seperti itu supaya ia dapat menghibur para pembaca supaya tidak timbul perasaan bosan ketika membaca.

  Keempat, memastikan ada hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan.  Penulisan haruslah mempunyai fakta atau unsur logika supaya pembaca tidak hilang kepercayaan terhadap apa yang dituliskan oleh pengarang.

    Kelima, mengaitkan penulisan dengan isu-isu semasa.  Penulisan dilihat berkualiti jika pengarang itu boleh menulis mengikut keadaan atau isu semasa. Contohnya, isu terbaru iaitu isu pencemaran alam seperti pembakaran hutan yang mengkakibatkan jerebu.

   Keenam, menggunkan ayat yang ringkas. Dalam penuisan blog ayat mesti ringkas dan tidak berjelah-jelah. Penulisan menggunakan ayat yang ringkas membolehkan pembaca senang untuk memahami apa yang hendak disampaikan.

  Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Penulisan blog mestilah dapat dibaca dan difahami dengan cara menulis dengan cara teratur dan kemas supaya pembaca tidak pening untuk membaca.

   Kelapan, berkomunikasi dengan pembaca. Pastikan penulisan ada unsur silaturahim dengan pembaca dengan cara menjadikan penulisan ada unsur komunikasi. Contohnya, membuat persoalan dalam penulisan agar pembaca boleh tertanya-tanya akan jawpan itu dan secara tidak langsung pembaca dan penulis akan berkomunikasi dua hala.

     Kesembilan, masukkan nilai moral dalam penulisan. Penulis bukan sekadar menulis tetapi ia harus menulis dengan memasukkan nilai moral seperti kasih sayang, timbang rasa dan sebagainya supaya dapat meninggalkan kesan positif kepada pembaca.

   Akhir sekali, pastikan penulisan itu terdapat ilmu pengetahuan untuk dibaca. Terutamanya jika penulisan dalam bidang pendidikan.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (KFC, Sri Serdang Selangor)

Tugasan Vlog makanan ini, saya lakukan bersama dua orang rakan saya iaitu Mohd Noor Hisyam dan Mohd Ayob Afiqrudin. Lokasi yang kami pilih ...