Kenangan sedih masih membelenggu diriku apabila terkenang akan nasib keluargaku suatu ketika dahulu. Aku bukanlah berasal daripada keluarga yang hidup senang dan mewah. Suatu ketika dahulu abang sulungku berjaya mendapat tawaran masuk ke Universiti. Kami sangat gembira apabila mendapat berita itu, namun pada masa itu kehidupan keluargaku umpama kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Kegembiraan kami menerima surat tawaran itu bertukar menjadi kesedihan.
Walaupun demikian, ayah dan ibuku tidak mudah putus asa untuk membantu abangku melanjutkan pelajaran hingga ke manara gading, mereka tetap masih mencari iktihar. Lagi pun, ayah dan ibu pada masa itu memang sudah lama mengidam-idamkan salah seorang anak mereka dapat melanjutkan pelajaran sampai ke Universiti. Mereka tahu dengan pendidikan yang dimilik dapat mengubah masa depan anak-anak mereka. Oleh kerana kegigihan ayah dan ibu mereka sanggup bekerja berhempas-pulas. Ayahku pada masa itu bekerja tanpa mengenal erti penat lelah walaupun keringat membasahi tubuh. Ayah turun ke sungai untuk menjala ikan, kemudian menjualnya. Bukan itu sahaja, selepas menjala ikan ayah akan menjual buahh-buahan seperti pisang tua kepada pembeli.
Usaha keras itu adalah semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan abangku yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara, Sarawak. Ayah tidak bekerja seorang diri, ibuku pula menjual kuih-muih dan nasi lemak untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Akhirnya, abangku berjaya, melanjutkan pelajaran.
Tetapi dia hanya bertahan selama lima bulan sahaja kerana keadaan keluarga memang tidak megizinkan. Abangku terpaksa memilih untuk bekerja awal dan tidak akan menyambung pelajaran di universiti. Ayah dan ibu pasrah atau redho dengan keputusan itu memandangkan pendapatan keluarga yang tidak dapat menampung perbelanjaan di Universiti.
Setelah abangku bekerja, nasib keluarga kami mula berubah ke arah yang lebih baik, tidak lagi hidup kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana setiap bulan abangku akan mengirimkan wang kepada keluarga walaupun kerja sebagai penjawat awam yang berpangkat rendah. Langkah abang memilih untuk bekerja awal ada hikmah disebaliknya kerana dapat membantu keluarga kami yang hidup dalam keadaan susah.
No comments:
Post a Comment