Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT





Alhamdulillah, dengan izin-Nya kini saya sudah berada dipenghujung semester dan tinggal menghitung hari sahaja lagi berada di Universiti Putra Malaysia. Selepas tamat dalam pengajian ini, saya dan rakan-rakan yang lain belum tentu dapat berjumpa lagi kerana akan melangkah ke arah masing-masing. Sebelum  bercerita lebih dalam lagi tentang ketika dan kalimat ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua keluarga, sahabat, pensyarah dan yang lain-lain kerana telah menyokong saya selama ini.  Jika tiada sokongan dan dorongan daripada kalian belum tentu saya sampai ke tahap ini.  

Masa yang berlalu begitu pantas sekali, tanpa disedari kini sudah sampai minggu ke-14 iaitu minggu terakhir kuliah bersama rakan-rakan dan juga para pensyarah.  Banyak pengalaman yang boleh saya  kongsikan selama 14 minggu mengambil kursus BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa.  Antaranya, pengalaman saya dalam sesi pembelajaran dengan Prof Dr Nomaliza di dalam bilik kuliah.  Setiap pensyarah mempunyai kaedah pengajaran yang tersendiri, bagi Prof Dr Normaliza kaedah pengajaran adalah lebih kepada praktikal atau praktis iaitu lebih banyak luar kelas berbanding dalam kelas.  Selain itu, sikap Prof terhadap anak didiknya sangat tegas. Prof sangat bersikap tegas dari segi ketepatan masa, kerjasama ahli kumpulan dan juga keterampilan anak didiknya di dalam bilik kuliah.  Ketegasan tersebut bukanlah menunjukkan Prof seorang yang garang tetapi sebenarnya beliau menginginkan semua anak didiknya cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang dari segi akhlak dan sasiah diri.

Seterusnya, pengajaran kelas amali. Banyak pengalaman yang saya pelajari di dalam kelas amali seperti cara membuat kalendar menggunkan aplikasi Adobe Photoshope, cara penggunaan media sosial seperti blog, faceboook, twitter, instagram dan sebagainya.  Semua bahan rujukan buku telah disediakan oleh Prof, cuma kita perlu membeli sahaja buku beliau.  Dalam pembelajaran kelas amali kami dipantau oleh Encik Akmal iaitu pembantu Prof Dr Normaliza.  Encik Akmal juga telah bayak berjasa kepada kami kerana telah menjaga atau memantau kami di dalam kelas amali supaya sentiasa menyiapkan kerja Prof.  Selain itu, Encik Akmal juga mengjar kami penggunaan media sosial dan cara membuat kelendar menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. 

Akhir sekali, pengalaman bersama dengan ahli kumpulan "Belalang Production".  Pengalaman saya bersama ahli kumpulan ini adalah banyak mengajar saya erti redho, kerjasama, bertolak ansur, sedia  menerima pandangan orang lain dan sebagainya. Walaupun terdapat sedikit perselisihan faham sesama ahli kumpulan ketika membuat tugasan, kami tetap bersatu hati dan cuba menyelesaikan masalah dengan tenang. Terima kasih saya ucapakan kepada semua ahli kumpulan atas kerjasama yang telah diberikan selama ini.  

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (KFC, Sri Serdang Selangor)

Tugasan Vlog makanan ini, saya lakukan bersama dua orang rakan saya iaitu Mohd Noor Hisyam dan Mohd Ayob Afiqrudin. Lokasi yang kami pilih ...