Buku “Eh! Media Sosial” ini ditulis oleh dua orang pengarang iaitu Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim yang mengandungi lapan bab berkaitan dengan variasi aplikasi media sosial yang berpotensi besar untuk dilaksanakan dalam sesi pembelajaran. Variasi media sosial adalah seperti twitter, facebook, instagram, e-mel dan blog yang telah banyak membantu memudahkan proses komunikasi atau perhubungan terutamanya dalam sistem pendidikan. Walaupun demikian, penggunaan media sosial perlulah mempunyai etika dan adab, jika tidak ia boleh memberi impak serta menimbukan pelbagai isu berkaitan media sosial. Oleh itu, dengan adanya buku ini para pembaca dapat mengetahui pelbagai tips untuk menangani masalah berkaitan penggunaan media sosial. Bukan itu sahaja, buku ini juga memberikan tips bagaimana membuka akaun baharu contohnya akaun blog, twitter dan lain-lain.
Bab 1 dalam buku ini menerangkan sebab media sosial digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Selain itu, dalam ini bab juga memberikan penerangan kepada pembaca bagaimana etika dalam media sosial. Bab 2 pula mengetengahkan kepada pembaca tentang apalikasi twitter dan penggunaannya. Bab 3, menjelaskan tentang penggunaan aplikasi facebook. Bab 4, menghuraikan mengenai penggunaan aplikasi instagram. Bab 5, penggunaan e-mel yang masih popular pada masa ini. Bab 6, penggunaan blog di dalam kelas bahasa. Bab 7, menerangkan isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab 8, menghuriakan implikasi pedagogi iaitu peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar, suasana pembelajaran. Penilaian dan kaedah penilaian.
Implikasi buku ini adalah dapat memberikan pendedahan kepada khalayak ramai berkaitan kaedah penggunaan media sosial yang beretika dan betul. Selain itu, buku sangat sesuai terutamanya kepada mereka yang belum mahir dalam penggunaan media sosial.
Harga Buku: RM 60.00
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor (2019). Eh!!! Media Sosial. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment