Thursday, 31 October 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 6 (Flat Lay Individu)

Asalamulikum dan Salam sejahtera, kali ini saya akan menghiburkan hati saudara dan saudari dengan tugasan yang bertajuk Flat Lay. Sudara/i boleh melihat pelbagai jenis makanan dan juga kuih muih. Gambar makanan ini diambil dari 4 sudut darjah , iaitu sudut 90', sudut 45', sudut 15' dan akhir sekali sudut 0'.

Untuk menghiburkan hati saudara/saudari, bolehlah tengok video disaluran youtube saya dengan membuka video di bawah.




 

Saturday, 19 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6




Tugasan yang diberikan oleh ProfDrN. Skrin Shoot gambar yang telah di muat naik di Ig kemudian letakkan di blog masing-masing. Seronok weh belajar multimedia ne, banyak ilmu fotografi yang diajarkan.


Tuesday, 8 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Blog di dalam Kelas

Ulasan

Assalamulikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya akan membuat ulasan buku di dalam bab 6 (Blog di dalam Kelas Bahasa) yang dikarang oleh Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor.

Penulisan Blog merupakan satu medium bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal ( Normaliza Abd Rahim, 2014). Penulisan blog digunakan untuk kegunaan peribadi atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk.  Blog merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia sering diuruskan dan sentiasa dikemas kinioleh pentadbirnya.

     Selain itu, blog juga berfungsi sebagai medium rangkaian sosial dan medium komuniksi,blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010).  Menulis blog adalah satu aktiviti yang berguna bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi untuk mereka belajar menulis dengan kreatif.

    Pelajar akan berasa selesa untuk menulis menggunkan blog memandangkan ia boleh dibuat secara peribadi dengan hanya mempunyai pembaca yang dijemput sahaja untuk membaca pos. Tambahan pula, blog boleh juga dikongsi dengan yang lain dengan cara meninggalkan komen untuk dibaca oleh pembaca.

    Seterusnya, saya akan membuat ulasan Kajian Tentang Blog.  Terdapat beberapa pengkaji yang pernah membuat kajian tentang blog.  Menurut Ferdig & Trammell (2004) blog merupakan medium dialog antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya.

  Seterusnya, menurut Nowson (2006), blog meruoakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad.  Kenyataan ini disokong oleh Levy (2009)  yang menyatakan blog merupkan medium untuk meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal.

    Seterusnya, apabila penulis blog berkolaborasi dengan orang lain apabila menggunakan blog, maka mereka akan lebih berkerja secara interaktif (Shahsavar & Tan, 2011).

    Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) terdapat 10 cara menulis blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
4. memastikan ada hujah terbaik
5. mengaitkan penulisan dengan berita terkini
6. menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
7. dapat dibaca dan difahami
8. dapat berkomunikasi dengan pembaca
9. masukkan moral dan nilai estetika
10. berilmu untuk penulisan pendidikan


Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Belalang Production)




Bird's eye view

-padangan dari sisi atas 
-padangan seperti burung helang dari atas ruang udara sedang memerhati mangsanya di bawah


 Gambar moto yang diambil dari atas bangunan kolej kediaman Upm,Selangor

Gambar tiga orang manusia yang di ambil dari atas menara yang tinggi

Gambar dari atas bangunan beli-belah kelihatan ramai manusia yang sedang sibuk dengan tujuan masing-masing

BBM3410Satu2019: Over the Shoulder (Belalang Production)



Over The Shoulder

-gambar membelakangi kamera
- nampak bahu 
-fokus utama tidak tertutup oleh bahu


Gambar wanita bertudung dari sisi belakang dan kelihatan 4 orang wanita dan 2 orang lelaki di hadapan 

Gambar wanita dari belakang dan kelihatan dua wanita sedang memakai payung di hadapan

Gambar dari belakang yang memperlihatkan separuh gambar kepala dan juga bahu. Kelihatan dua orang wanita di hadapan sedang berswafoto bersama

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Belalang Production)

Mug Shot
-  gambar beremosi 
- gambar diambil dari jarak yang sangat dekat


1.  Mug shot (emosi kecewa)

     Gambar posisi hadapan seorang lelaki                          yang sedang kecewa
Gambar posisi tepi lelaki yang sama    namun masih nampak emosi kecewa

Gambar separuh wajah dengan jelas muka kecewa

2.  Mug shot (emosi marah)

Gambar posisi hadapan yang sedang menunjukka muka bengis atau marah
Gambar separuh sisi muka yang masih menujukan riak muka yang sama


Gambar sisi muka dengan pandangan mata yang tajam



3.  Mug shot (emosi sedih)

Gambar muka separuh yang sedang bersedih atas sebab-sebab tertentu
Gambar hadapan wanita yang kelihatan mata merah sebab kesedihan



Gambar sisi muka wanita yang sedang menitiskan air mata

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Belalang Production)

Medium Shot

-Gambar tidak terlalu besar dan tidak juga kecil.
-Gambar sederhana besar

Gambar lelaki separuh badan berdiri di tengah-tengah bangunan

 Gambar wanita menoleh ke belakang di      atas trek masuk Taman Saujana,Putrajaya


Gambar dua teman wanita yang sedang berdiri di bawah rimbunan pokok 


Gambar tiga orang lelaki yang kelihatan separuh badan di Taman Wetland,Putrajaya

Gambar wanita separuh badan dan berlatarkan pokok hijau

Gambar wanita sedang bersandar di pagar kayu dan berlatarkan bukit di Taman Saujana,Putrajaya


BBM3410Satu2019: Long Shot (Belalang Production)

Asas fotografi untuk long-shot.  Kaedah long-shot adalah kaedah pengambaran jarak yang lebih jauh di hadapan, namun apabila fokus gambar long-shot itu manusia maka background atau latar belakang haruslah kelihatan seperti contoh gambar di bawah. Jika gambar itu tidak ada manusia maka fokus jarak jauh yang ingin dilihat mestilah tidak hilang daripada pandangan mata. Kaedah ini hampir sama dengan penggambaran Bird's eye View namun yang membezakannya bird eye view diambil dari sudut atas ke bawah.             

Gambar jejaka berdiri dari jarak jauh

Gambar wanita seperti berajalan menuju ke hadapan dengan jarak jauh

      Gambar wanita sedang memerhati     kehadapan kamera dengan jarak yang    sangat jauh


                Pandangan jarak jauh bangunan di sekitar taman saujana,Putrajaya
 Gambar bangunan dari pintu masuk       permulaan taman saujana,Putrajaya
Gambar masjid yang kelihatan semakin kecil di tengah-tengah gambar bangunan

BBM3410Satu2019: Closed-Up (Belalang Production)


Asalamulikum dan salam sehati sejiwa, semoga hari ini kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan oleh-Nya.  Pada kesempatan kali ini, saya akan menerangkan sedikit asas fotografi untuk CLOSE-UP. Close-up boleh terdiri dari gambar manusia dan juga gambar bukan manusia.  Kaedah pengambaran untuk close-up  adalah diambil melalui jarak yang dekat. 



Gambar gelang yang disusun dengan rapi


 Gambar bunga di Taman Saujana,Putrajaya

 Gambar makanan di restoran sekitar Putrajaya 

 Gambar gadis dengan muka menggoda dan berlatarkan tumbuhan hijau


Gambar gadis dengan pandangan mata tajam 

Gambar senyuman manis seorang gadis


BBM3410Satu2019: Suatu Ketika

Pada Suatu Ketika



   Kenangan sedih masih membelenggu diriku apabila terkenang akan nasib keluargaku suatu ketika dahulu.  Aku bukanlah berasal daripada keluarga yang hidup senang dan mewah. Suatu ketika dahulu abang sulungku berjaya mendapat tawaran masuk ke Universiti. Kami sangat gembira apabila mendapat berita itu, namun pada masa itu kehidupan keluargaku umpama kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Kegembiraan kami menerima surat tawaran itu bertukar menjadi kesedihan. 
    Walaupun demikian, ayah dan ibuku tidak mudah putus asa untuk membantu abangku melanjutkan pelajaran hingga ke manara gading, mereka  tetap masih mencari iktihar.  Lagi pun, ayah dan ibu pada masa itu memang sudah lama mengidam-idamkan salah seorang anak mereka dapat melanjutkan pelajaran sampai ke Universiti.  Mereka tahu dengan pendidikan yang dimilik dapat mengubah masa depan anak-anak mereka. Oleh kerana kegigihan ayah dan ibu mereka sanggup bekerja berhempas-pulas. Ayahku pada masa itu bekerja tanpa mengenal erti penat lelah walaupun keringat membasahi tubuh. Ayah turun ke sungai untuk menjala ikan, kemudian menjualnya. Bukan itu sahaja, selepas menjala ikan ayah akan menjual buahh-buahan seperti pisang tua kepada pembeli.  
   Usaha keras itu adalah semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan abangku yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara, Sarawak. Ayah tidak bekerja seorang diri, ibuku pula menjual kuih-muih dan nasi lemak untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Akhirnya, abangku berjaya, melanjutkan pelajaran. 
   Tetapi dia hanya bertahan selama lima bulan sahaja kerana keadaan keluarga memang tidak megizinkan. Abangku terpaksa memilih untuk bekerja awal dan tidak akan menyambung pelajaran di universiti.  Ayah dan ibu pasrah atau redho dengan keputusan itu memandangkan pendapatan keluarga yang tidak dapat menampung perbelanjaan di Universiti.  
    Setelah abangku bekerja, nasib keluarga kami mula berubah ke arah yang lebih baik, tidak lagi hidup kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana setiap bulan abangku akan mengirimkan wang kepada keluarga walaupun kerja sebagai penjawat awam yang berpangkat rendah.  Langkah abang memilih untuk bekerja awal ada hikmah disebaliknya kerana dapat membantu keluarga kami yang hidup dalam keadaan susah.

BBM3410Satu2019: Tips Belajar Dengan Jaya


Semoga perkongsian tips belajar dengan cara mudah ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca blog ini terutamanya kepada pelajar. Tips tersebut sangat mudah untuk diamalakan iaitu dengan cara merajinkan diri membuat nota ringkas/nota kecil dan juga melazimkan diri bangun awal pagi untuk belajar atau mengulang kaji pelajaran. Nota kecil dan ringkas akan memudahkan pelajar utuk memahami serta menghafal sesuatu degan mudah. Tamabahan pula, nota kcil ini mudah untuk dibawa ke mana sahaja.   Seterusnya, jika pelajar melazimkan mengulang kaji pelajaran pada awal pagi mereka akan senang untuk memahami apa yang dibaca kerana pada waktu pagi sekitar jam 4.00 am hingga 6.00 am otak masih berfungsi dengan baik.  Sekian terima kasih. SEMOGA BERMANFAAT






BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (KFC, Sri Serdang Selangor)

Tugasan Vlog makanan ini, saya lakukan bersama dua orang rakan saya iaitu Mohd Noor Hisyam dan Mohd Ayob Afiqrudin. Lokasi yang kami pilih ...