Buku ini mengandungi 7 bab yang mengetengahakan kajian tentang wacana, teori dan pendekatan wacana, analisis wacana tekstual dan ujaran, strategi komunikasi, taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi dan analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Dalam ulasan ini saya akan mengulas setiap bab secara ringkas. Ulasan bab 1, wacana terdiri apa jua kalimat sama ada lisan atau tulisan. Wacana boleh difahami dengan jelas dengan merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran, dan interaksi. Ulasan bab 2, terdapat empat elemen wacana iaitu, pra-andaian, implikatur, dan rujukan. Ada dua jenis teori iaitu teori analisis wacana stubbs (1983) dan teori analisis wacana kritikan (Van Dijik, 1977). Setiap teori dan pendekatan analisis wacana perlulah dihuraikan secara terperinci supaya boleh diguna dalam analisis data yang diperoleh. Ulasan bab 3, kajian analisis wacana meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Analisis wacana tekstual dianalisis melalui lirik lagu dan cerita sosisal manakala ujaran kanak-kanak dianalisis dengan mengambil kira ujaran kanak-kanak terhadap lagu dan cerita sosial. Ulasan bab 4, strsategi komunikasi digunakan untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran.
Ulasan bab 5, terdapat ramai tokoh atau penulis yang memberikan hujahan masing-masing tentang strtegi komunikasi seperti Tarone, Johnstone, Faerch & Kasper, Dornyei & Scott dan Normaliza Abd Rahim. Walaupun ramai penulis yang mengutarkan pendapat masing-masing namun tujuan utama mereka adalah untuk memberitahu khalayak bahawa bahasa itu mempunyai strategi iaitu strategi komuniksi. Ulasan bab 6, analisi strategi dalam kanak-kanak dapat memberikan kesan kepada masyarakat, guru, ibu bapa dan pelajar sekolah. Ulasan bab 7, memberikan cadangan kajian lain yang berkaitan dengan kajian wacana dan strategi komunikasi.
Implikasi buku ini adalah dapat memberikan kesan dalam pemahaman setiap tulisan, teks, ujaran dan interaksi. Buku ini sangat sesuai kepada semua lapisan masyarkat kerana dapat mendedahkan pelbagai pendekatan dalam strategi komunikasi yang digunkan masyarkat setiap hari.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa: Terangganu: Penerbit UMT
Normaliza Abd Rahim (2018). Model Penceritaan Melalui Cerita Kanak-Kanak: Universiti Putra Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Normaliza Abd Rahim. (2018). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7 (1): 111-16
Harga Buku: Rm 20.00
No comments:
Post a Comment