Tuesday, 24 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini









Pengalaman: Hampir Mati Lemas


   Pengalaman merupakan apa-apa kejadian yang pernah dialami oleh seseorang.  Pengalaman hidup ini terdiri daripada pelbagai  jenis dan juga coretan waktu yang berbeza-beza. Pengalaman dapat mendewasakan dan juga mematangkan seseorang  individu.

    Bagi saya, pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah pada tahun 2006 iaitu ketika masih berusia 10 tahun (darjah 4). Kejadian itu berlaku selepas pulang dari sekolah. Saya dan rakan-rakan pergi ke sungai untuk bermandi manda.

   Dalam keseronokan mandi ketika itu, tiba-tiba situasi bertukar menjadi cemas apabila saya ketika itu terbawa oleh arus deras menuju di kawasan sungai yang dalam. Saya tercungap-cungap di dalam air, namun sempat menjerit meminta tolong dengan rakan. Rakan-rakan terkejut apabila melihat keadaan saya ketika itu.

     Malangnya, rakan saya ketika itu semua berbadan kecil dan tidak ada seorang pun yang pandai berenang.  Dengan izin Tuhan, hati seorang daripada rakan saya ketika itu telah digerakkan oleh Allah supaya menjerit sekuat suara untuk meminta bantuan.

    Mujurlah seorang lelaki dewasa yang juga penduduk kampung saya mendengar jeritan itu, kemudian berenang dengan pantas menyelamatkan diriku.  Nasib masih menyebelahi saya kerana sempat diselamatkan sebelum lemas di dalam sungai.  Jika tidak kemungkinan hari ini saya tidak ada lagi di muka bumi.

    Saya sangat berterima kasih kepada rakan dan juga lelaki dewasa yang bernama Taufiq kerana menjadi asbab diriku terselamat daripada lemas. Tidak lupa juga pujian kepada Allah yang maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu kerana masih mengizinkan saya bernyawa hingga hari ini.

Monday, 23 September 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan tentang gelagat cucu mereka Alim ketika keluarga mereka pulang ke kampung halaman nenek dan datuk mereka di Kajang. Setelah tiba di kampung halaman Alim tercari-cari akan ayam dan itik yang selalunya ada apabila mereka pulang. Alim terus marah dan menangis. Alim kehairanan mengapa ayam dan itik itu tiada di tempat biasa dan menyangka kemungkinan ia sudah mati. Selepas itu, nenek Alim memberitahu bahawa ayam dan itik itu telah dipindahkan di reban yang baru dibuat oleh datuknya. Alim pun berhenti menangis.  Selepas puas melihat ayam dan itik itu, nenek Alim mebawanya mengelilingi rumah untuk untuk bercerita tentang perkakas rumah seperti almari dan lain-lain. Namun menangis secara tiba-tiba. Perbuatan Alim yang pelik pada masa itu meyebabkan susasana  keluarga mereka lebih rapat dan riang gembira.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.



Terdapat beberapa jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita tersebut.  Pertama, melalui youtube. Cerita tersebut boleh dilakonkan semula dalam bentuk video kemudian memuat naik ke dalam akaun youtube secara awam supaya masyarkat senang untuk menontonnya.

 Kedua, melalui cerpen. Cerpen tersebut tidak semestinya tertulis dalam buku tetapi ia boleh diceritakan atau disebarkan melalui cerpen digital ataupun secara atas talian. Pendek kata, cerita ini boleh diceritakan melalui media sosial seperti facebook, instagram, twiter dan sebagainya.

  Akhir sekali, melalui animasi. Certia Atuk dan Nenek itu juga boleh disebarkan melalui lakonan animasi terkenal Malaysia seperti Upin dan Ipin yang sering disiarkan di kaca television seluruh negara.


BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas individu



10 Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) terdapat 10 etika dalam penulisan blog dengan baik. Pertama, memastikan tajuk  yang sesuai. Pemilihan tajuk yang sesuai sangat penting supaya dapat menarik minta pembaca.Tajuk tidak boleh ditulis terlalu panjang. Tajuk akan memberikan gambaran tentang apa yang akan diceritakan.

    Kedua, jalan cerita mestilah menarik.  Bukan hanya tajuk yang perlu diambil berat. Penulisan jalan cerita juga harus menarik dengan memasukan unsur suspen agar pembaca boleh mengikuti terus cerita selanjutnya dalam penulisan tersebut.

    Ketiga, menggunakan ayat yang humor dan berbentuk jenaka. Tujuan penggunaan ayat seperti itu supaya ia dapat menghibur para pembaca supaya tidak timbul perasaan bosan ketika membaca.

  Keempat, memastikan ada hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan.  Penulisan haruslah mempunyai fakta atau unsur logika supaya pembaca tidak hilang kepercayaan terhadap apa yang dituliskan oleh pengarang.

    Kelima, mengaitkan penulisan dengan isu-isu semasa.  Penulisan dilihat berkualiti jika pengarang itu boleh menulis mengikut keadaan atau isu semasa. Contohnya, isu terbaru iaitu isu pencemaran alam seperti pembakaran hutan yang mengkakibatkan jerebu.

   Keenam, menggunkan ayat yang ringkas. Dalam penuisan blog ayat mesti ringkas dan tidak berjelah-jelah. Penulisan menggunakan ayat yang ringkas membolehkan pembaca senang untuk memahami apa yang hendak disampaikan.

  Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Penulisan blog mestilah dapat dibaca dan difahami dengan cara menulis dengan cara teratur dan kemas supaya pembaca tidak pening untuk membaca.

   Kelapan, berkomunikasi dengan pembaca. Pastikan penulisan ada unsur silaturahim dengan pembaca dengan cara menjadikan penulisan ada unsur komunikasi. Contohnya, membuat persoalan dalam penulisan agar pembaca boleh tertanya-tanya akan jawpan itu dan secara tidak langsung pembaca dan penulis akan berkomunikasi dua hala.

     Kesembilan, masukkan nilai moral dalam penulisan. Penulis bukan sekadar menulis tetapi ia harus menulis dengan memasukkan nilai moral seperti kasih sayang, timbang rasa dan sebagainya supaya dapat meninggalkan kesan positif kepada pembaca.

   Akhir sekali, pastikan penulisan itu terdapat ilmu pengetahuan untuk dibaca. Terutamanya jika penulisan dalam bidang pendidikan.

Tuesday, 17 September 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM



Lagu & Lirik: Prof. Dr Normaliza Abd Rahim

Saya Faham

Saya kata "Apa Khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk Kita
Untuk Mereka

BBM3410Satu2019: DIRI


Asalamulikum dan salam sejahtera.  Nama saya Mohd Abdul Gollyff bin Saiwon.  No matrik 191089. Saya berasal dari Kg Pandan Mandamai Pitas, Sabah.  Saya merupakan anak keempat daripada 11 orang adik-beradik. Saya lahir pada 12 Disember 1996.  Sekarang saya berumur 23 tahun. Saya lahir di Hospital Lotong, Kota Marudu, Sabah.  Pada peringkat sekolah rendah saya bersekolah di Sk Padan Mandamai, Pitas. Sabah.  Seterusnya, pada peringkat menengah saya bersekolah di SMK Pitas II, Sabah.  Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam (Pra-Universiti) di sekolah yang sama. Kini, saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Saya mengambil jurusan dalam bidang Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (KFC, Sri Serdang Selangor)

Tugasan Vlog makanan ini, saya lakukan bersama dua orang rakan saya iaitu Mohd Noor Hisyam dan Mohd Ayob Afiqrudin. Lokasi yang kami pilih ...